PAS Kelantan senarai hampir 100 nama calon PRN

Wan Roslan Wan Hamat
- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS Kelantan menyerah hampir 100 nama untuk diangkat sebagai calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

- Advertisement -

Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, senarai calon terbabit diserah kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih.

Katanya senarai terbabit termasuk penyandang yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, di samping nama-nama baharu.

“Setiap Dun mengemukakan antara tiga hingga lima nama untuk disenarai pendek sebagai calon wakil rakyat termasuk nama penyandang sedia ada.

“Calon-calon berkenaan disenarai hasil kajian dan cadangan ahli di peringkat akar umbi,” katanya kepada media di pejabatnya di sini hari ini.

Baru-baru ini Wan Roslan memberitahu agihan kerusi Dun antara PAS dan Bersatu sudah selesai, di mana PAS akan bertanding di 37 kerusi, manakala 8 kerusi lagi ditandingi Bersatu.

Bagaimanapun Bersatu kemudian bersetuju memberi laluan dua kerusi lagi kepada PAS menjadi jumlah kerusi yang ditandingi parti itu 39 kerusi.

“Kebanyakan calon yang diketengahkan dipastikan mereka yang bersih dan boleh memberikan kemenangan kepada parti.

“Calon-calon yang dikemukakan dari pelbagai latar belakang termasuk teknokrat, ulama, profesional dan golongan muda.

“Kesemua mereka akan ditapis oleh Majlis Syura Ulamak sebelum diumumkan sebagai calon. Untuk PRN kali ini kita akan tampilkan 30 peratus muka baharu termasuk calon muslimat,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/6/2023

- Advertisement -