Lesen judi: Perlis tidak dilulus dan diperbaharui

- Advertisement -

‘POLITICAL will’ adalah bahasa mudah untuk menggambarkan kehendak PAS Perlis dalam isu judi. Hanyasanya dengan kemahuan politik sahaja akan memuktamadkan keputusan terhadap urusan pentadbiran sesebuah negeri atau negara.

Malaysia tidak perlukan pemidato berbelit untuk membawa agenda agama untuk mendidik orang Islam dalam negara secara berkerajaan. Tanpa ‘political will’ parti memerintah, urusan pentadbiran negara akan terus kelam dengan seribu satu perkara mengarut melibatkan kehormatan agama rasmi Persekutuan iaitu Islam.

Tahniah PAS Perlis, tahniah Kerajaan Perlis dan tahniah Menteri Besar dan barisan Exco Perlis yang tidak perlukan masa yang lama untuk membuat keputusan terhadap lesen judi.

Tahniah juga kepada rakyat Perlis yang memilih parti yang mempunyai misi yang jelas dan konsisten membawa cara agama dalam pentadbiran sebagai sebuah kerajaan.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 15/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -