Kelantan bubar Dun 22 Jun

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan pada 22 Jun ini selepas mendapat perkenan Sultan Muhammad V.

- Advertisement -

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob memberitahu perkara itu selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Speaker Dun Kelantan Dato’ Abdullah Ya’kub.

Penggal ke-14 Dun Kelantan akan berakhir pada akhir bulan ini.

“Hari ini saya membuat pengisytiharan pembubaran DUN Kelantan bagi penggal ke-14 iaitu pada 22 Jun 2023.

“Perkara ini adalah selepas saya mengadap Sultan Kelantan bagi memohon perkenan baginda pembubaran Dun mengikut Fasal 2 Perkara 46 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan yang memperuntukkan bahawa Sultan boleh membubarkan Dun.

“Oleh demikian, Sultan Kelantan telah bersetuju dan perkenan membubarkan Dun pada 22 Jun ini,” katanya.

Oleh itu kata beliau kerajaan negeri akan menghantar notis pembubaran Dun kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut.

“Kita serah dan terpulang kepada SPR untuk menentukan tindakan lanjut. Notis berkenaan akan dihantar secepat mungkin,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/6/2023

- Advertisement -