Kemudi jalin kerjasama salur maklumat tepat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelab Media Kelantan Darulnaim (Kemudi) akan terus menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha memudahcara penyaluran maklumat yang tepat.

- Advertisement -

Presidennya, Majidah Ismail berkata, kerjasama dibuat dalam pelbagai bentuk sama ada aktiviti sosial, sukan, kebajikan, agama, ekonomi, budaya dan sebagainya.

Menurutnya, selain menjadikan pihak terbabit sebagai rakan strategik Kemudi.

Kata beliau medium tersebut digunakan untuk menyampaikan mesej dan maklumat kepada masyarakat.

“Pendekatan itu juga sebagai aktiviti sampingan ahli bagi melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat di samping membantu orang ramai mendapat maklumat.

“Jalinan kerjasama itu penting memandangkan Kemudi sedang mencari rakan penaja untuk penganjuran Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan (MAKK) 2023.

“Ia merupakan acara paling berprestij bagi pengamal media di Kelantan,” katanya selepas Perlawanan Boling Persahabatan anjuran Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MALSB) bersama Kemudi di Pusat Boling Mydin Mall Tunjong dekat sini malam tadi.

Hadir sama Pengurus Besar Khidmat Korporat Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Zulazlan Zainal Abidin.

Seramai 30 ahli Kemudi dari pelbagai agensi media termasuk Harakah memeriahkan program tersebut.

Majidah juga berkata, MAKK merupakan kayu pengukur setiap pengamal media di Kelantan bagi memilih karya-karya terbaik untuk diadili dan diangkat sebagai pemenang. – HARAKAHDAILY 12/6/2023

- Advertisement -