Iran akan umum peluru berpandu balistik hipersonik baharu

- Advertisement -

Berita Dunia

- Advertisement -

1. Seorang warga Palestin Ashraf Mohammed Ameen Ibrahim, 37, yang juga seorang pegawai perisikan Pihak Berkuasa Palestin terkorban setelah ditembak tentera rejim zionis Israel di dada dan perut ketika melakukan pencerobohan ke atas kem pelarain di utara bandar Jenin, Tebing Barat.

https://www.aljazeera.com/…/palestinian-authority….

2. Menurut Kementerian Pembangunan Sosial Palestin, seramai 170 kanak-kanak Palestin telah ditahan dan dipenjarakan tentera rejim zionis Israel telah dikenakan pelbagai bentuk penderaan dan seksaan.

https://www.middleeastmonitor.com/20230529-official…/

3. Empat anak lelaki ahli Parlimen Palestin Fathi Al Qaraawi telah dipenjara selama berbulan mahupun bertahun oleh tentera rejim zionis Israel dan anak lelaku kelimanya telah ditahan oleh Pihak Berkuasa Palestin awal bulan ini dan ditempatkan di dalam “rumah penyembelihan“ Jericho.

https://www.middleeastmonitor.com/20230529-israel-pa…/

4. Mengapa pemimpin negara haram Israel menyeru “ Nakbah Kedua “.

https://www.middleeasteye.net/…/why-israels-leaders…

5. Empat belas orang anggota kumpulan pengganas yang mempunyai kaitan dengan negara haram Israel telah ditahan di barat laut Iran.

https://english.alarabiya.net/…/Iran-arrests-terrorist…

6. Tentera rejim zionis Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah Damsyik yang menyebabkan lima orang cedera.

https://www.arabnews.com/node/2311976/middle-east

7. Kemenangan bersejarah Recep Tayyip Edrogan dalam pusingan kedua pilihan raya Presiden Turkiye disambut di seluruh dunia.

https://www.dailysabah.com/…/erdogans-historic-runoff…

8. Pertempuran sengit meletus di Sudan antara tentera Sudan dan kumpulan separa tentera Rapid Support Force (RSF) di saat gencatan senjata hampir tiba ke penghujungnya.

https://www.trtworld.com/…/heavy-clashes-in-sudans…

9. Iran tidak lama lagi akan mengumumkan peluru berpandu balistik hipersonik baharu yang mampu menyasarkan sistem anti peluru berpandu musuhnya.

https://www.raialyoum.com/%d9%81%d9%8a-%d9%82%d9%81%d8…/

10. Presiden Rusia Vladimir Putin telah menandatangani dekri undang-undang untuk menarik diri dari Perjanjian Angkatan Tentera Konvensional di Eropah yang menghadkan saiz maksimum pasukan angkatan tentera konvesional yang ditempatkan di Eropah Timur.

11. Kementerian Luar Rusia telah meletakkan anggota kanan Kongres Amerika Syarikat Senator Lindsey Graham dalam senarai orang dikehendaki.

https://english.alarabiya.net/…/Russia-places-US…

12. Kerajaan Afghanistan yang ditadbir Taliban menggesa Iran untuk menyelasaikan isu dua hala melalui saluran diplomatik ketika ketegangan di sempadan kedua-dua negara memuncak berikutan pertempuran yang berlaku hujung minggu baru-baru ini.

https://www.arabnews.com/node/2312256/world

13. Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina mengkritik keras Amerika Syarikat dengan mendakwa Amerika Syarikat bersikap berat sebelah terhadap pentadbirannya dengan mengenakan sekatan sekatan RAB (Rapid Action Batallion).

https://www.globaltimes.cn/page/202305/1291547.shtml

14. Sultan Oman Haitham Bin Tariq Al Said tiba di Tehran, Iran dalam rangka lawatan dua hari bagi membincangkan isu keselamatan dan hubungan serantau termasuk menemui Presiden Iran Ebrahim Raisi.

https://www.middleeastmonitor.com/20230528-omans-sultan…/

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
10 Zulqaedah 1444H / 30 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 30/5/2023

- Advertisement -