Kalimah Allah: Ke mana Muslim negara ini cuba dibawa?

- Advertisement -

KE MANA driver ini nak bawa Muslim yang merupakan majoriti di negara ini?

Masyarakat minoriti jadi berani menyentuh perkara-perkara asas dalam Islam. Minta azan diperlahankan? Eh, ‘come on’ lah.

Ini isu kalimah ‘Allah’ pula. Apa sebab nak benarkan mereka yang tidak mempercayai Allah sebagai tuhan untuk menggunakan kalimah itu dalam agama mereka?

Sekadar yang saya boleh fikirkan sebabnya:

1. Ini ciri-ciri liberalisasi. Kononnya hak sama rata. Non-Muslim tidak berhak menggunakan nama Allah kerana mereka tidak mempercayai Allah sebagai tuhan.

2. Bila nama Allah ditujukan kepada yang salah, akhirnya ia akan mengelirukan umat Islam.

3. Ada agenda normalisasi yang sedang diusahakan.

PH-BN tidak layak untuk diberikan kuasa pemerintahan kerana langkah sumbang dalam menjaga urusan Muslim yang merupakan majoriti rakyat di negara ini.

USTAZ AIREROSHAIRI ROSLAN
Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau – HARAKAHDAILY 16/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -