Pelbagai parti politik, NGO meriah majlis raya PAS Tawau

- Advertisement -

TAWAU: Pemimpin dari pelbagai parti politik Sabah, NGO, pendukung PAS dan Perikatan Nasional (PN) memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri PAS Tawau.

- Advertisement -

Hadir sama mantan Adun Tanjung Batu Hamisa Samat, Presiden Persatuan Kebangsaan Melayu Kee Mohd Ayub Kee Abu Bakar, Ketua USIA Tawau Yahya Zainal, Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminudin Aling dan Yang Dipertua PAS Tawau, Mohamad Hussain.

Program tersebut diadakan di perkarangan hadapan Pejabat PAS Tawau, Kompleks Bandar Fajar tambah meriah dengan kehadiran Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Program yang diadakan semalam dihadiri kira-kira 7,000 pengunjung. Pelbagai juadah dihidang termasuk rendang, nasi beriani, mi kari, bakso, satay, kuih muih dan pelbagai jenis minuman serta buah-buahan.

Mohamad berkata, program hari raya tersebut diharap menjadi penambat ukhuwah yang berpanjangan dalam masyarakat pelbagai kaum dan budaya di Sabah.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kerja keras Jawatankuasa Pelaksana termasuk Jabatan Amal, Nisa’ dan pelajar Madrasah Darul Hidayah.

“Begitu juga semua pihak yang menyumbang wang ringgit, tenaga, pandangan dan lain-lain sehingga majlis tersebut mendapat sambutan begitu menggalakkan,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 15/5/2023

- Advertisement -