Manifesto PRN PAS Terengganu angkat keperluan anak muda

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menzahirkan penghargaan kepada PAS Terengganu kerana terus mengangkat keperluan anak muda dalam tawaran Pilihan Raya Negeri yang diumumkan baru-baru ini.

Tawaran PAS, menyediakan kemudahan pinjaman pembelian motosikal tanpa ‘interest’ untuk kerjaya maksimum RM4,000 sangat menerujakan rakyat.

Janji pinjaman tanpa sebarang ‘interest’ ini bukan omong kosong, ia sudah terbukti menerusi pinjaman perumahan dan usahawan yang sudah dilaksanakan dalam Manifesto PRU14.

DPPNT juga melihat manifesto ini sebagai kesinambungan janji terdahulu iaitu bantuan lesen motosikal yang memanfaatkan sekitar 25,000 belia.

Inisiatif yang akan dilaksanakan jika PAS terus diberi mandat memerintah Terengganu ini turut membuktikan PAS bersedia untuk terus mentadbir kerajaan dengan pelbagai pelan menarik.

Di saat parti lain berebut kerusi, PAS muncul satu-satunya parti dalam diam mengemukakan tawaran menarik buat rakyat.

Tahniah dan terima kasih kepada PAS Terengganu kerana tidak meninggalkan golongan muda untuk mendapatkan kehidupan sejahtera.

USTAZ MOHD HARUN ESA
Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 12/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -