Anggota bomba terharu dihargai sempena Hari Bomba

- Advertisement -

LAHAD DATU: Sempena sambutan Hari Bomba ke-78 semalam, Pemuda PAS Lahad Datu mendekati pasukan terbabit sebagai menghargai keringat dan pengorbanan mereka.

- Advertisement -

Ketua Pemuda PAS Lahad Datu Landari Labobo berkata, lawatan itu untuk menzahirkan penghargaan kepada pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat yang bertungkus-lumus ketika menghadapi bencana kebakaran dan banjir.

Katanya, peranan anggota Bomba menjaga keselamatan rakyat amat besar, kerana mereka sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan nyawa.

“Oleh itu, jasa anggota Bomba harus dirai kerana mereka memainkan peranan besar bagi menjaga keselamatan rakyat,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Balai Bomba Lahad Datu.

Hadir sama ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Lahad Datu. Mereka turut menyerah kek yang bertulis Selamat Hari Bomba kepada pegawai yang bertugas.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu menyatakan ucapan terima kasih atas keprihatinan Pemuda PAS Lahad Datu kerana menghargai tugas mereka.

“Kami sangat tersentuh hati apabila ada yang sudi hadir menyatakan penghargaan terhadap kerja kami. Kami terasa sangat sangat dihargai,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 8/5/2023

- Advertisement -