Haaland akan terus pecahkan rekod

Erling Haaland dan Pep Guardiola
- Advertisement -

Penyerang Manchester City, Erling Haaland, telah memecahkan beberapa rekod musim ini, tetapi pemain antarabangsa Norway itu masih belum puas untuk meningkatkan kualiti permainannya.

Ahad lalu, Haaland menjadi pemain pertama liga utama England yang menjaringkan 50 gol dalam semua pertandingan semusim sejak Tom Waring melakukan untuk Aston Villa pada 1931.

- Advertisement -

Pengurus City, Pep Guardiola, berkata pemain berusia 22 tahun itu setanding dengan Alan Shearer dan Andy Cole apabila menyamai rekod 34 gol dalam kempen Liga Perdana dan masih banyak lagi yang akan datang daripada bekas penyerang Borussia Dortmund itu.

“Saya selalu katakan berkali-kali dengan Erling, masa depan akan menjadi sukar kerana anda membandingkan apa yang dia lakukan.

“Jika dia tidak menjaringkan gol, orang ramai akan berkata dia berada dalam keadaan buruk, tetapi dia masih boleh meningkat.

“Kami bercakap tentang itu, dalam pergerakan dan permainan itu sendiri, dia boleh meningkat. Saya fikir dia mempunyai itu. Saya mempunyai perasaan, dia mempunyai keinginan untuk menjadi lebih baik sebagai pemain bola sepak. Dia boleh melakukannya,” kata Guardiola.

Penyandang juara, City menerima kunjungan West Ham United pada hari ini, ketika mereka berhasrat untuk merampas semula kedudukan teratas daripada Arsenal. Pasukan Guardiola ketinggalan dua mata dengan dua perlawanan dalam tangan. – REUTERS

- Advertisement -