Ambil peluang bergambar dengan MB di rumah terbuka

- Advertisement -

KANGAR: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang direbut peluang orang ramai bergambar bersama Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

- Advertisement -

Tidak ketinggalan pula mereka bergambar dengan wakil-wakil lain yang hadir termasuk Ahli Parlimen Arau Dato’ Sri Shahidan Kasim dan Speaker DUN Perlis Ruselle Eizan.

Selain itu anggota-anggota Exco Muhammad Azmir Azizan dan Megat Hashirat dan Yang Dipertua PAS Arau Solahuddin Azmi.

Pengunjung juga mengambil peluang bergambar kenangan di booth yang disediakan dengan hiasan motorsikal Honda C50 bertema Pak Tani.

Majlis Aidilfitri itu diadakan di rumah Menteri Besar di Kuala Sungai Padang semalam yang dihadiri kira-kira 3,000 pengunjung.

Tetamu hadir seawal jam 12 tengah hari sehingga jam 5 petang. Pelbagai sajian disediakan antaranya laksa, ketupat, rendang, cucur udang, nasi puteh beserta gulai daging, sate dan pelbagai lagi.

Sehari sebelum itu, Dun Simpang Empat dan Guar Sanji turut mengadakan sambutan sama. – HARAKAHDAILY 2/5/2023

- Advertisement -