Turkiye bawa keluar lebih 1,830 orang dari Sudan

Mevlut Cavusoglu
- Advertisement -

ANKARA: Turkiye memindahkan sejumlah 1,834 orang, 249 daripadanya rakyat 19 negara berbeza dari Sudan yang dilanda konflik, kata menteri luar Turkiye pada Jumaat.

- Advertisement -

“Kami sedang berhubung dengan setiap rakyat kami yang ingin kembali,” lapor. Agensi Anadolu memetik Mevlut Cavusoglu.

Menurut sumber diplomatik Turkiye, Cavusoglu juga telah menghubungi komander pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) Sudan, Mohammed Hamdan Dagalu, dan membincangkan pemindahan warga Turkiye.

Pada Khamis, Turkiye mengerahkan lima pesawat pengangkut tentera, termasuk dua pesawat A400M, untuk memindahkan baki warganya dari Sudan.

Terdahulu pada Jumaat, Kementerian Pertahanan Turkiye mengumumkan pesawat C-130 yang dalam penerbanganke Pangkalan Udara Wadi Seidna untuk pemindahan terkena tembakan dari senjata ringan.

Mengenai usaha untuk menamatkan konflik di Sudan, Cavusoglu berkata: “Timbalan menteri kami (Burak Akcapar) akan ke Sudan minggu depan sebagai pengantara.”

Gencatan senjata yang berkuat kuasa pada tengah malam Selasa adalah percubaan terbaru untuk menghentikan pertempuran di Sudan yang pertama kali meletus pada 15 April. – BERNAMA-ANADOLU

- Advertisement -