Annuar Musa hadiri rumah terbuka PAS Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Bekas Pengerusi Umno Kelantan Tan Sri Annuar Musa turut hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Warisan pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

- Advertisement -

Turut hadir pimpinan Gerakan dan Bersatu Negeri serta sami-sami Buddha.

Turut kelihatan pemimpin masyarakat Orang Asli seramai 14 orang dari Tanah Tinggi Lojing.

Program yang sepatutnya bermula jam 11 pagi, namun orang ramai mengambil peluang hadir pada majlis berkenaan seawal jam 9.00 pagi lagi.

Rumah terbuka itu dikendalikan 14 PAS kawasan dari seluruh Kelantan, menyediakan lebih 30 menu disediakan untuk pengunjung yang melibatkan 33 kiosk.

Turut menyediakan juadah Dewan Muslimat PAS Negeri, DHPP, Dewan-Dewan Pemuda PAS negeri dan Dewan Ulamak dengan menu yang istimewa untuk pengunjung.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata, majlis Aidilfitri tersebut lambang perpaduan antara kaum di Kelantan.

Katanya, dianggar seramai 50,000 pengunjung hadir pada majlis tersebut yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Tambahnya juga menu disediakan merupakan yang popular di kawasan masing-masing.

“Contohnya kalau di Pengkalan Chepa terkenal dengan sate, jadi sate disediakan PAS Pengkalan Chepa. Alhamdulillah kita bersyukur kerana majlis kita mendapat sambutan ramai pengunjung.

“Kami dahului dengan ucapan terima ksih buat semua yang hadir dan memberi sokongan padu sehingga majlis ini berjaya diadakan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/4/2023

- Advertisement -