PASTI Nurul Hidayah Jalan Kebun terbakar

- Advertisement -

SAYA menerima berita, dimaklumkan bangunan PASTI Jalan Kebun mengalami kebakaran di Lorong Hj Said, Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam… pada 12:30 tengahari.

Saya difahamkan api merebak dengan sangat pantas sehingga melibatkan premis PASTI dan beberapa lot rumah termasuk sebuah kedai runcit yang berada berhampiran PASTI.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutamanya pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penduduk kampung yang terlibat bagi membantu memadamkan kebakaran tersebut.

Alhamdulillah api telah berjaya dikawal dan dipadamkan pada 1:30 petang, dan tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan setakat ini.

Dengan ini, saya melancarkan kutipan sumbangan bagi menampung kerja-kerja baik pulih dan pembinaan PASTI Nurul Hidayah Jalan Kebun.

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Bank Islam:

Nombor akaun:

PASTI NURUL HIDAYAH
122 430 1000 2165

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

Pengurus – 0126031640.
Penolong Pengurus – 0124649518.
Bendahari – 0192670593.

ZUBIR SHAH OMAR
Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja – HARAKAHDAILY 26/4/2023

- Advertisement -
- Advertisement -