Rumah terbuka Adun di seluruh Kelantan

Adun Kelaboran memberi duit raya kepada kanak-kanak yang mengunjungi majlis rumah terbuka Aidilfitri.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, orang ramai berpeluang menghadiri rumah terbuka wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat.

Mereka termasuk Adun Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah yang mengadakan rumah terbuka di pekarangan pejabat DUN bermula jam 10.30 pagi hingga 2 petang semalam.

- Advertisement -

Menu utama disediakan antaranya nasi dagang, sate, nasi himpit, rendang, nasi gulai kawah, kuih muih dan pelbagai menu lain menu termasuk kambing bakar.

Turut mengadakan majlis yang sama, Adun Kelaboran, Mohd Adanan Hassan yang diadakan di pekarangan kediamannya di Kampung Berangan bermula jam 11 pagi hingga 2 petang.

Adun Pengkalan Kubor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Roslan Wan Hamat, pula mengadakan majlis yang sama di Pejabat DUN Pengkalan Kubor bermula jam 11 pagi hingga petang.

Wan Roslan mengucapkan terima kasih pada semua tetamu yang menghadiri rumah terbuka tersebut.

“Semoga pertemuan ringkas pada majlis ini akan dapat memgeratkan hubungan sesama kita, alhamdulillah,” ujarnya.

Adun Limbongan, Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah pula mengadakan majlis Aidilfitri di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh bermula 10.30 pagi hingga 2 petang.

Sementara itu, Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood akan mengadakan majlis Aidilfitri di Taman Barokah bermula jam 10.30 pagi esok

Adun Pasir Tumboh, Abdul Rahman Yunus juga akan memgadakan majlis yang sama esok di pekarangan pejabat Dun di Bandar Satelit Pasir Tumboh. – HARAKAHDAILY 24/4/2023

- Advertisement -