Rangka T. rex dilelong lebih AS$5 juta

- Advertisement -

BERN: Hampir 300 tulang Tyrannosaurus rex yang digali dari tiga tapak di Amerika Syarikat dan dipasang menjadi satu rangka yang lengkap dijual dalam lelongan di Switzerland pada harga 4.8 juta Francs (AS$5.3 juta), lebih rendah daripada harga yang dijangkakan.

Dicipta dalam kedudukan mulut terbuka, rangka T. rex sepanjang 11.6 meter dan tinggi 3.9 meter datang dalam julat jangkaan antara 5 hingga 8 juta Franc di rumah lelongan Koller di Zurich.

- Advertisement -

Koller berkata, jualan pada Selasa lalu menjadi kali pertama rangka T. rex sebegitu dilelong di Eropah. Rangka komposit, yang menampilkan 293 tulang, merupakan bahan pameran lelongan yang menampilkan kira-kira 70 lot dan tengkorak itu dipasang di sebelah podium pelelong.

“Boleh jadi ia adalah komposit – itu lah sebab mereka yang mahukan ketulenan sepenuhnya tidak membida,” kata Karl Green, pengarah pemasaran rumah lelongan itu melalui telefon. “Ia adalah harga yang berpatutan untuk dinosaur. Saya harap ia akan ditunjukkan di tempat awam.”

Green tidak menyatakan identiti pembeli, tetapi berkata dia adalah “pengumpul peribadi Eropah”.

Penganjur berkata, komposit T. rex yang digelar “Trinity,” dibina daripada spesimen yang diambil dari tiga tapak di Montana dan Wyoming antara 2008 dan 2013.

Kepala T.rex yang lengkap dipasang daripada hampir 300 tulang

Koller berkata, “bahan tulang asli” terdiri daripada lebih separuh daripada rangka yang dipulihkan. Rumah lelongan itu berkata tengkorak itu sangat jarang ditemui dan sangat terpelihara dengan baik.

“Apabila dinosaur mati pada zaman Jurassic atau Cretaceous, mereka sering kehilangan kepala semasa pemendapan. Malah, kebanyakan dinosaur ditemui tanpa tengkorak,” kata Nils Knoetschke, penasihat saintifik yang dipetik dalam katalog lelongan.

“Tetapi di sini, kami mempunyai tulang tengkorak Tyrannosaurus asli yang semuanya berasal dari spesimen yang sama.”

T. rex menghuni bumi antara 65 juta dan 67 juta tahun dahulu. Satu kajian yang diterbitkan dua tahun lalu dalam jurnal Science menganggarkan bahawa kira-kira 2.5 bilion dinosaur pernah hidup. Filem Hollywood seperti francais blokbuster “Jurassic Park” menambah daya tarikan orang ramai terhadap makhluk karnivor itu. – AP

- Advertisement -