Program rai anak yatim bukan untuk bermegah

- Advertisement -

SEMPORNA: Seramai 44 orang anak yatim di Kampung Bukit Lalang diraikan dalam majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan duit raya anjuran PAS Semporna, dekat sini semalam.

- Advertisement -

Ketua Lajnah Kebajikan, Razis Asparin, berkata program iftar bersama anak-anak yatim itu merupakan aktiviti tahunan bagi PAS Semporna kerana menganggap mereka sudah menjadi sebahagian daripada keluarga angkat.

“Program meraikan anak yatim bermula awal dengan aktiviti memotong ayam, memasak nasi dan membuat kuih juadah berbuka puasa.

“Aktiviti seperti ini bukan untuk bermegah-megah tetapi bagi menggembirakan orang-orang yang serba kekurangan terutama anak yatim dan asnaf menjelang hari raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

Bagi penjaga anak-anak berkenaan, Ustazah Talpah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana mengingati mereka setiap kali berada di bulan Ramadan.

“Sangat bersyukur Allah SWT menghadirkan PAS Semporna ke rumah kami. Buat masa ini memang agak kurang didatangi tetamu. Semoga PAS Semporna akan mendapat tempat di hati masyarakat suatu saat nanti.

“Datanglah bila-bila masa sahaja, kami sentiasa terbuka untuk menerima kedatangan PAS Semporna,” kata lagi.

Hadir sama ialah Ketua Pemuda dan Muslimat PAS Semporna, Muhammad Huzaini Rohani dan Afiqah Adam. – HARAKAHDAILY 17/4/2023

- Advertisement -