KUIZM tawar Kursus Persijilan Asas Pengajian Islam

Ustaz Mohd Farkhan Md Zain
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) menawarkan kepada orang ramai untuk menyertai Kursus Persijilan Asas Pengajian Islam (KPAPI) pada hujung minggu.

- Advertisement -

Menurut Rektor KUIZM, Ustaz Mohd Farkhan Md Zain, mereka yang berumur 16 tahun ke atas, sedang bekerja dan mencari kelas hujung minggu, tidak pernah mendapat pendedahan asas pengajian Islam, ingin mempelajari ilmu-ilmu asas berkaitan agama Islam, tidak mahu kelas pada hari Ahad dan mahukan kelas separuh hari sahaja dipelawa menyertai KPAPI itu.

Katanya, setiap pelajar akan mempelajari Pengantar Ilmu Aqidah & Pemikiran, Hadis Tematik, Tafsir Al-Quran Tematik, Bahasa Arab Al-Quran, Siasah Syar’iyyah: Politik Kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin, Fiqh Kontemporari, Psikologi Dakwah dan Pengantar Ilmu Tasawuf

Tambahnya, kelas hanya setiap hari Sabtu sahaja dan tempoh pengajian hanya dua modul bersamaan satu tahun pengajian separuh hari di hujung minggu itu.

Menurutnya lagi, yuran pendaftaran bagi satu modul ialah RM50 dan yuran pengajian RM800 untuk satu modul yang boleh dibayar secara ansuran.

Untuk pendaftaran segera boleh layari https://bit.ly/enrolkpapi bagi kemasukan 13 Mei 2023.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pejabat KUIZM di talian 03-61780313 dan hotline (WhatsApp): www.wasap.my/601135635616HARAKAHDAILY 14/4/2023

- Advertisement -