30 Hikam Ibn Ataillah Assakandari (20)

- Advertisement -

HIKMAH 20:

- Advertisement -

أنْتَ حُرٌّ مِمَّا أنْتَ عَنْهُ آيِسٌ، وَعَبْدٌ لِمَا أنْتَ لَهُ طَامِعٌ

“Kamu adalah merdeka dengan apa yang kamu tidak harapkan, dan hamba kepada apa yang kamu dambakan.”

1. Apabila seseorang itu tidak berharap kepada sesuatu, mereka telah menjaga kehormatan diri dari sesuatu tersebut. Secara logik, mereka tidak lebih hina daripada sesuatu itu.

2. Di samping itu, seseorang yang berharap kepada sesuatu sebenarnya adalah hamba kepada sesuatu itu. Kalau mereka asyik mengharapkan dunia, mereka sebenarnya hamba dunia!

3. Untuk membuktikan perhambaan kepada Allah, kita harus membebaskan diri daripada pengharapan terhadap makhluk, dan hanya mengharapkan Allah semata-mata. Barulah kita dianggap orang merdeka.

Ibrah Ramadan:

Puasa mendidik jiwa hamba, jiwa bertuhan. Orang yang tidak berjiwa hamba tidak faham kenapa mereka perlu berpuasa. Kalau mereka puasa pun, mungkin kerana diet atau ikut budaya setempat. Bukan kerana iman.

Orang sebegini biasanya berpuasa hanya lapar dahaga sahaja. Tuntutan lain seperti menjaga lidah, kemaluan, aurat dan semua yang digariskan syarak tidak diendahkan.

ALANG IBN SHUKRIMUN
20 Ramadhan 1444
11 April 2023 – HARAKAHDAILY 11/4/2023

- Advertisement -