Kita ikut kerana Islam, bukan semberono

- Advertisement -

KALAULAH kita bayangkan kononnya ini ialah barisan pemimpin PH yang mengatakan mereka sedang bersiap untuk berlepas ke angkasa dalam gambar pertama itu, insya-Allah penyokong PH akan percaya. 

Mereka walak tanpa segan, tanpa malu, tanpa periksa, kepercayaan mereka tanpa berbelah bahagi, kepada pimpinan. Lemparlah apa sahaja, mereka akan sambut, peluk dan cium, walaupun tahi.

Tidakkah ia satu perlakuan yang ajaib, mereka dahulu sanggup menunggu dekat airport mati-mati dia orang berpakat mahu menangkap Najib, takut Najib lari ke luar negara, tetapi sayang, mereka tersalah orang. 

Sekarang hidup-hidup pakat sokong cadangan pengampunan Najib sebab Najib kena aniaya dalam perbicaraan oleh PN, kata pimpinan mereka. Padahal Najib kena bicara bawah tiga kerajaan, bermula dari kerajaan mereka.

Bila PAS kata berpuas hati dengan penerangan Arul Kanda berkaitan 1MDB, dia maki, tak cukup bakul kepada pimpinan PAS. Sekarang, bakul-bakul maki itu sudah dilingkupkan kembali ke atas kepala mereka.

Presiden PAS kekal tenang dengan prinsip, tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan PAS patuh atas keputusan mahkamah. Kes Anwar, kes Lim Guan Eng, kes Najib, kes Zahid, kes Ling Liong Sik, kes Khir Toyo, kes al-Maunah, kes-kes petisyen PRU sebelum ini di DUN Bukit Payong dan DUN Tanggol dan ahli-ahli PAS mengikut prinsip Presiden PAS kerana ia benar dan jelas benar.

Dan Zahid yang dibenci oleh PH, tidak mendapat jawatan dalam Kerajaan PN, walaupun beliau seorang Presiden parti kerana terpalit dalam kes rasuah. Beliau mesti membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum masuk menyertai kerajaan. 

Bagaimanakah pula Zahid dilayan ketika kes beliau masih menghadapi kes rasuah oleh Kerajaan PH? Apakah posisi beliau dalam Kerajaan PH sekarang?

Sokong kami kerana Islam, bukan walak membabi buta…

MOHD NASIR ABDULLAH
10 April 2023 – HARAKAHDAILY 10/4/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -