30 Hikam Ibn Ataillah Assakandari (16)

- Advertisement -

HIKMAH 16:

- Advertisement -

من علامات موت القلب، عدم الحزن على ما فاتك من الموافقات، وترك الندم على ما فعلته من الزلات

“Antara tanda hati yang mati, tidak merasa sedih terlepas peluang melakukan ketaatan, dan tidak menyesal melakukan maksiat.”

1. Hati memiliki daya penglihatan tersendiri yang mampu membezakan baik buruk di saat akal tidak mampu mengesannya. Walau bagaimanapun, ia memerlukan hati yang hidup dan cerah.

2. Rasa sedih tak dapat melakukan kebaikan dan rasa menyesal melakukan kejahatan adalah tanda hati masih hidup. Setiap manusia melakukan dosa. Tetapi tiada langsung rasa menyesal sesudahnya adalah tanda hati telah mati.

3. Antara cara menghidupkan hati adalah sentiasa melakukan amal ibadah ikhlas kerana Allah. Semakin banyak amalan, semakin hiduplah hati, disamping menghiasi dengan sifat mahmudah dan menghindari sifat mazmumah.

Ibrah Ramadan:

Kita dapat menilai status hati di bulan ini dengan perasaan sepanjang bulan ini. Adakah lebih tenang dan gembira, sama sahaja atau lebih banyak emosional berbanding bulan lain.

Kalau perasaan kita masuk Ramadan hari itu tak sabar untuk berpuasa dan beribadah, itu tanda hati yang hidup. Tapi kalau rasa terbeban, rasa begitu lambat Ramadan berlalu, itu tanda hati tenat. Tapi kalau hanya gembira kerana nak sambut raya atau nak berniaga, itu bukan tanda hati yang hidup.

ALANG IBN SHUKRIMUN
16 Ramadhan 1444
7 April 2023 – HARAKAHDAILY 8/4/2023

- Advertisement -