Rejim zionis serang jemaah di Masjid al-Aqsa tindakan kejam

Ahmad Dullah
- Advertisement -

LAHAD DATU: Serangan rejim zionis Israel ke atas penduduk Palestin semasa beribadat di Masjid al-Aqsa, semalam merupakan satu tindakan yang kejam.

- Advertisement -

Menurut Ketua Penerangan PAS Sabah, Ahmad Dullah, tindakan itu sangat tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia terutamanya apabila serangan dilakukan semasa umat Islam sedunia sedang berpuasa.

“Pihak keamanan dunia seolah-olah tidak mengambil apa-apa tindakan segera bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas.

“PAS Sabah mendesak supaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersidang segera bagi membantu menangani keadaan ini,” ujarnya kepada HarakahDaily.

Menurutnya, PAS Sabah menyeru masyarakat yang cintakan kedamaian, bersolidariti bersama rakyat Palestin serta mengutuk keras tindakan jenayah rejim zionis Israel tersebut.

Beliau turut menyeru masyarakat agar sentiasa mendoakan keselamatan umat Islam di Palestin.

Ahmad turut menyarankan supaya masyarakat memboikot semua barangan keluaran Israel sebagai tanda protes di atas tindakan yang mereka lakukan. – HARAKAHDAILY 6/4/2023

- Advertisement -