Perlis lantik 4,644 ahli MPKK tanpa ada elaun

Mohd Shukri Ramli
- Advertisement -

KANGAR: Seramai 4,644 calon Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) meliputi 387 lokaliti di negeri itu akan dilantik dalam masa terdekat.

- Advertisement -

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, pemilihan calon bagi mengisi jawatan itu terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang politik sesuai dengan penduduk setempat bagi memudahkan rakyat berurusan.

“Pemilihan nama MPKK dibuat bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang digunakan sebelum ini.

“Pelantikan ini juga akan dibuat mengikut polisi kerajaan negeri tanpa adanya peruntukan sama ada elaun mahu pun sagu hati,” katanya pada kenyataan media di sini semalam.

Menteri Besar juga berkata, pelantikan tersebut akan dibuat berdasarkan kepada cadangan dan pemerhatian sewajarnya.

“Langkah ini bagi memastikan calon yang dipilih benar-benar berkelayakan dan sesuai untuk mengisi jawatan tersebut.

“Kerajaan negeri menyedari kebajikan sosial masyarakat perlu diurus dengan efektif bagi menjamin kehidupan yang lebih baik.

“Semoga dengan pelantikan ini, pembangunan, kemajuan dan keselamatan kampung dapat diurus tadbir lebih lancar bagi membentuk masyarakat yang proaktif dan bernilai murni sekali gus menyokong segala usaha kerajaan negeri,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/4/2023

- Advertisement -