900 asnaf terima sumbangan 3 agensi kerajaan negeri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Seramai 900 asnaf, armalah dan anak-anak yatim menerima sumbangan disampaikan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin).

- Advertisement -

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Hilmi Abdullah berkata, agensi terbabit mengeluarkan peruntukan agak besar membantu masyarakat kurang berkemampuan.

Katanya, bantuan tersebut begitu besar maknanya ketika umat Islam sedang menjalani ibadat Ramadan sekarang.

“Walaupun jumlah sumbangan bagi setiap penerima tidak besar, namun agensi terbabit berkongsi rezeki yang diterima dengan orang ramai,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan tersebut di Madinah Ramadan petang semalam.

Hadir sama Adun Tanjung Mas Rohani Ibrahim dan Pengarah Jabatan Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Ropein Hassan.

Hilmi yang juga Adun Guchil berkata, sempena bulan Ramadan umat Islam digalak melebarkan kebajikan dengan menyumbang kepada golongan asnaf kerana ganjarannya begitu besar. – HARAKAHDAILY 4/4/2023

- Advertisement -