Keluarkan Nikotin cecair dari Akta Racun tindakan pramatang

- Advertisement -

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan Nikotin cecair dari Akta Racun berkuatkuasa 1 April 2023. Tindakan ini bagi membolehkan kerajaan mengenakan cukai ke atas rokok elektronik ataupun e-vape.

Tindakan ini adalah terlalu tergesa-gesa dan mewujudkan satu kelompongan undang-undang dalam penjualan bahan tersebut. 

Meskipun KKM memaklumkan bahawa bahan tersebut akan dimasukkan dalam Akta Kawalan Bahan Tembakau dan Rokok, ia tidak sepatutnya didahului dengan pengeluaran bahan tersebut dari Akta Racun.

Keadaan ini membolehkan bahan tersebut dijual secara tanpa kawalan dan secara teknikalnya boleh dijual kepada kanak-kanak dan remaja di bawah umur, selagi mana RUU Kawalan tersebut tidak diluluskan.

KKM bertanggungjawab terhadap kesilapan fatal ini dan harus segera memperbaiki keadaan dengan meluluskan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Rokok.

Dalam masa sama, KKM juga digesa supaya segera merealisasikan Generational End Game (GEG) yang telah diusahakan oleh Kabinet yang lepas.

Rata-rata masyarakat mengetahui bahawa tindakan tergesa-gesa KKM ini bagi membolehkan pencukaian dikenakan segera. Persoalannya, adakah Kerajaan Madani lebih mementingkan ekonomi daripada kesihatan rakyat itu sendiri?

PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN – HARAKAHDAILY 3/4/2023

- Advertisement -
- Advertisement -