Melengkapkan detik kemenangan

- Advertisement -

ISU TAULIAH, isu duit sumbangan individu kepada BERSATU, dan isu jatuhkan kerajaan antara isu yang dimainkan. Ia bukan isu baru tetapi isu kitar semula yang sebenarnya ‘isu yang diisukan’.

Tidak seperti sebelum sebelum ini, PAU mendapat liputan penuh dan akan menjadi isu utama negara. Berbeza kali ini ia seperti didiamkan. Ia bermula dengan tersebarnya surat penolakan oleh RoS terhadap usul PAU sebelum ini. Surat yang dikeluarkan RoS itu berdasarkan peraturan sedia ada namun telah dibatalkan arahan tersebut melalui kuasa khas menteri.

Walaupun menteri mempunyai hak dan kuasa, namun yang dipersoalkan rakyat ialah kewajaran penggunaan kuasa menteri. Apakah kuasa menteri diwujudkan untuk ‘membetulkan’ yang salah?

Jawapan menteri dari Kulim Bandar Baru yang dibawa Anwar dari ‘pintu belakang’ setelah tewas di Sungai Petani itu gagal memberi jawapan terhadap alasan beliau membatalkan surat tersebut. Jawapan menarik yang semua faham ialah ‘menteri akan jawab apa yang menteri mahu jawab’… 

Isu sebegini selain isu harga barang yang tidak dapat dikawal, janji yang berterusan tidak ditepati selain kecurigaan antara gabungan yang membentuk kerajaan sekarang khasnya Umno dan DAP selain PAN yang mula rasa dipinggirkan. Kluster mahkamah dalam kerajaan cuba dialihkan kepada PN khasnya BERSATU agar rakyat kecewa dengan politik. Semua ini membimbangkan PH menghadapi enam PRN.

PH dan kerajaan Anwar boleh dan mungkin melakukan apa sahaja demi kuasa. Sebagaimana mereka boleh menelan muntah mereka terhadap Umno, begitu juga lah akan mereka lakukan demi kuasa.

Apa yang penting penyokong PN perlu waspada dengan perangkap yang akan dipasang. Mungkin PH berharap PN akan turun ke jalan raya sebagaimana mereka. Jika ini berlaku pastinya pimpinan parti akan ditangkap. Jika pimpinan ditangkap, mereka berharap PRN ini akan memberi keuntungan untuk mereka.

Seperti saya sebutkan kerajaan luar tabie ini akan lakukan apa sahaja demi kuasa. Mereka tiada prinsip yang perlu dipegang. Tiada janji yang perlu ditunaikan. Mereka boleh sahaja memutar bahasa yang bertentangan selang seminit. Tiada istilah malu atau maruah yang perlu dipelihara. Yang ada hanya matlamat kuasa. Sebagaimana matlamat Anwar ialah Perdana Menteri, begitulah DAP dan Umno.

Kita hanya menanti waktu dan kebangkitan rakyat menyempurnakan perubahan yang telah bermula dalam PRU16. PRN di enam buah negeri ini akan melengkapkan malah rakyat mempunyai asas lebih kukuh menolak Umno setelah menolak PH sebelum ini.  

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik Pesuruhjaya PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 13/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -