Wakaf pendidikan IPT bantu kewangan kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Model khas wakaf pendidikan institut pengajian tinggi (IPT) untuk membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan.

Ustaz Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) membangkitkan persoalan ini, iaitu sama ada kerajaan berhasrat memperkenalkan wakaf berkenaan untuk menubuhkan pendidikan IPT, terutama membabitkan kawasan luar bandar.

- Advertisement -

“Apakah ada usaha untuk memperkenalkan model khas wakaf pendidikan IPT bagi membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan di samping merealisasikan hasrat penubuhan IPT, terutama di kawasan luar bandar, sekali gus akan membangunkan kawasan tersebut dari sudut ekonomi.

“Sebagaimana yang berlaku di Sri Iskandar, Perak dan Sintok di Kedah, hab pendidikan tinggi di Pagoh dan kemungkinan Kuala Krau juga akan menjadi sebahagian daripadanya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengajukan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohd Yusof Apdal, pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohd Yusof berkata, kementeriannya memang menggalakkan wakaf sebagai satu cara untuk membantu keupayaan kerajaan untuk membangunkan IPT.

“Kita akan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pejabat zakat dan kerajaan negeri,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/3/2023

- Advertisement -