Parlimen: Persempadanan semula ikut jumlah pengundi

Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan apakah langkah kerajaan untuk memastikan persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dilakukan secara adil mengikut jumlah pengundi dalam Parlimen khususnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan soalan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Soalan daripada Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL yang disenaraikan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan hari ini sebagaimana di bawah.

Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan pendirian pihak Kementerian berhubung dengan isu Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang begitu jelas memberi impak kepada sektor pertanian negara.

Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan keterlibatan serius koperasi-koperasi berkaitan dengan sektor agromakanan bag membantu negara menghadapi krisis bekalan makanan pada masa sekarang dan akan datang.

Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan jumlah inovasi pembuatan dron di Malaysia sebagai langkah bagi membantu golongan B40 dalam bidang pertanian.

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah status program penyelenggaraan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (PLTSR) yang telah berfungsi selama tujuh tahun di Pantai Timur Sabah dan berapa bajet yang diperuntukkan bagi program refit pangkalan ini dalam memastikan anggota yang ditempatkan di pangkalan tersebut sentiasa mendapat kemudahan kondusif dan selesa.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Perdana Menteri menyatakan tentang hasil keberkesanan dan peratusan keluar mengundi UNDI18 yang telah diterjemahkan pada PRU15 ini dan apakah komitmen pihak Kerajaan dalam usaha secara berterusan bagi mendidik pengundi melalui Akademi Suruhanjaya Pilihan Raya pada masa akan datang.

Dato’ Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Perdana Menteri menyatakan adakah sebarang perancangan untuk memberikan penambahan kuota haji Muassasah atau keutamaan kepada veteran ATM yang ingin mengerjakan ibadah haji.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang akan dilakukan oleh Kementerian bagi membendung penipuan atas talian dan jenayah siber yang dilihat semakin berleluasa di Malaysia terutamanya melibatkan kes transaksi wang tanpa kebenaran daripada pihak pelanggan bank.

Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan tahap persediaan masa hadapan universiti dalam mendepani pembelajaran digital seperti yang telah dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak Covid-19.

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Ekonomi menyatakan status pembinaan jambatan Palekbang – Kota Bharu yang bakal menjana perkembangan kepada ekonomi penduduk di jajahan Tumpat sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri ke-9 baru-baru ini.

Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan wahana dan kaedah yang telah dikenal pasti oleh Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) terhadap cadangan pelaksanaan subsidi bersasar dengan mengambil kira kepentingan pengguna dan industri, khususnya untuk membantu golongan B40, M40, dan peniaga kecil.

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah formula Kerajaan bagi mengelakkan kenaikan kos barangan akibat daripada kenaikan tarif elektrik dalam sektor perindustrian yang pastinya akan memberi kesan langsung terhadap pengguna.

Dr. Radzi Jidin [Putrajaya] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan akan melaksanakan janji-janji dalam manifesto Pakatan Harapan dan Barisan Nasional memandangkan Kerajaan pada hari ini adalah Kerajaan gabungan kedua-dua parti. Berapa implikasi kewangan kepada Kerajaan untuk melaksanakan janji-janji tersebut.

Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk memastikan persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dilakukan secara adil mengikut jumlah pengundi dalam Parlimen khususnya di kawasan dalam negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian menjadikan universiti awam dan swasta di negara ini mampu melahirkan generasi muda dan cendiakawan berilmu yang seimbang daripada aspek akademik dan kerohaniannya.

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan jumlah pelajar IPTA dan IPTS daripada kalangan keluarga B40 di seluruh negara serta perancangan Kementerian untuk bantu ringankan beban pelajar.

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Perdagangan      Antarabangsa dan Industri menyatakan berapa jumlah pelaburan yang diterima oleh negara bagi sektor industri pembuatan dan perkhidmatan sepanjang tahun 2022 serta nyatakan perbandingan dengan pencapaian tahun 2021.

Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan apakah kesediaan Kementerian untuk mengimplementasi jalur lebar generasi ke-5 (5G) di luar Lembah Klang terutama kawasan di sekitar sempadan negara.

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan berapa bilangan akaun pengguna Tik Tok yang telah disekat dan sebab-sebab ianya disekat.

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan kesan yang timbul ke atas rangkaian komunikasi dan impak kepada pengguna di Kelantan selepas peralihan daripada 3G kepada 4G sepenuhnya pada 31 Disember 2021 dan bilakah pengguna akan mendapat manfaat sepenuhnya.

Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah yang diambil Kerajaan untuk menjamin status halal dalam proses penyembelihan dan pengeluaran ayam segar di pasaran demi kepentingan pengguna beragama Islam.

Dr. Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan punca gangguan talian telefon mudah alih dan internet kerap kali berlaku mutakhir ini sama ada di pusat bandar atau pinggir bandar dan apakah inisiatif yang telah diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Perdana Menteri menyatakan isu penyelarasan silibus buku teks yang tidak seragam bagi keseluruhan sekolah KAFA negeri negeri di Malaysia, dan seterusnya memberi kesan kepada soalan-soalan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Mohd. Yassin [Pagoh] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan:-

(a) strategi dan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menangani masalah inflasi dan kenaikan harga barang serta meringankan beban kehidupan rakyat; dan

(b) langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan dalam membasmi kemiskinan pasca pandemik Covid-19.

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Perdagangan  Antarabangsa dan Industri menyatakan kedudukan pelaburan negara di luar negeri, nyatakan jumlah pelaburan dan syarikat-syarikat yang terlibat sepanjang tahun 2021 dan 2022.

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan sejauh mana pendekatan Kerajaan untuk memboikot kedai makan dan premis perniagaan berkesan dalam mengurangkan kos sara hidup yang sedang ditanggung oleh rakyat.

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Perdana Menteri menyatakan isu yang dihadapi di peringkat Kementerian susulan kekosongan jawatan Ketua Setiausaha Kementerian lebih setahun. Adakah terdapat campur tangan ahli politik dalam urusan ini.

Dato’ Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan campuran yang dipimpin Pakatan Harapan bersedia untuk mengagihkan peruntukan secara sama rata kepada semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang seperti yang tercatat dalam manifesto PRU-15 Pakatan Harapan.

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah tegas Kerajaan dalam menangani jenayah scammer secara panggilan telefon yang semakin berleluasa termasuk membuat peraturan bagi membolehkan pampasan dibayar kepada mangsa jenayah ini. – HARAKAHDAILY 1/3/2023

- Advertisement -