PDRM Perlis cemerlang tumpas sindiket dadah

- Advertisement -

SAYA mewakili Kerajaan Negeri Perlis mengucapkan syabas dan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis di bawah kepimpinan YDH Dato’ Surina Saad, Ketua Polis Perlis di atas kejayaan menumpaskan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah bernilai anggaran RM64.8 juta serta rampasan 1.8 tan dadah disyaki jenis syabu. 

Kerajaan Negeri juga berbangga dengan pegawai yang terlibat kerana berjaya mempertahan integriti apabila disogokkan dengan wang tunai. Sikap ini wajar dipuji dan dicontohi oleh seluruh rakyat khususnya di Negeri Perlis.

Saya juga mengharapkan hasrat untuk melihat Negeri Perlis bebas dari najis dadah ini akan benar-benar tercapai.

Terima kasih PDRM Perlis atas usaha keras menyelamatkan rakyat dari terjerumus dalam najis dadah yang merugikan. Saya mendoakan semoga pihak PDRM Perlis akan terus cemerlang dalam melaksanakan tugas mendatang.

YAB TUAN MOHD SHUKRI RAMLI
Menteri Besar Negeri Perlis – HARAKAHDAILY 27/2/2023

- Advertisement -
- Advertisement -