1,700 amilin dijangka hadir Hari As-Sabiqun 2.0

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jasa dan pengorbanan para jasawan PAS adalah pengalaman yang berharga untuk menjadi suri teladan kepada para amilin parti.

- Advertisement -

Bagi mengenang jasa dan pengorbanan para amilin parti, As-Sabiqun PAS Pusat bersama As-Sabiqun PAS Negeri Terengganu akan menganjurkan Hari As-Sabiqun 2.0 di Dewan Tok Guru Rusila, Marang pada 3 dan 4 Mac ini.

Pengarah program, Mohamad Noor Mohamad berkata, dijangka 1,700 ahli dan pimpinan As-Sabiqun seluruh negara akan berkumpul di Rusila, bermula 2 Mac.

Beliau berkata, Hari As-Sabiqun 2.0 itu juga untuk menghargai usaha dan pengorbanan serta istiqamah para jasawan PAS dari seluruh negara.

Selain itu katanya, untuk memperkukuhkan ukhuwah dan silaturahim As-Sabiqun dan As-Sabiqat seluruh negara bagi mengekalkan daya tahan dan istiqamah bersama jemaah.

Mohamad Noor Mohamad

“Kita mahu menyemarakkan usaha dan tenaga pasukan kempen As-Sabiqun dan As-Sabiqat bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri iaitu di Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bagi mengekalkan kemenangan serta mencipta kemenangan baharu,” katanya kepada Harakahdaily.

Kemuncak Hari As-Sabiqun 2.0 akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Tuan Guru juga akan menyampaikan anugerah Tokoh As-Sabiqun Pusat dan As-Sabiqat Pusat.

As-Sabiqun Negeri Terengganu juga akan menyampaikan anugerah  seorang Tokoh As-Sabiqun dan seorang As-Sabiqat.

Pada malam Jumaat 3 Mac, taujihat pimpinan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin, Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed dan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Husain Awang. – HARAKAHDAILY 27/2/2023

- Advertisement -