Exco menang tanpa bertanding terajui PAS Tumpat

- Advertisement -

TUMPAT: PAS Tumpat kini diketuai anggota Exco kerajaan negeri Wan Roslan Wan Hamat setelah menang tanpa bertanding pada mesyuarat agung kawasan berkenaan hari ini.

- Advertisement -

Turut menang tanpa bertanding Adun Kelaboran Mohd Adanan Hassan bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS manakala Adun Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah menang tanpa bertanding jawatan Naib YDP kawasan tersebut.

Begitu juga 16 ahli jawatankuasa menang pada pemilihan jawatan tersebut sempena Mesyuarat Agung PAS Tumpat Ke-63 yang dirasmikan Mursyidul Am Datuk Tuan Guru Hashim Jasin.

Ahli jawatankuasa terbabit termasuk Ilvira Mohd Dasuki, Wan Rosdi Wan Ibrahim, Wan Sufyan Wan Yusof dan Solah Hudin Che Husin, Nik Mohd Nik Dir, Dr Mohamad Hadzri Yaakob.

Selain itu Mohd Nazri Abdullah, Rohati Mohd Nor, Raziah Zainal Karip, Fadhil Ridwan Adnan dan Wan Yaakub Wan Abdullah. – HARAKAHDAILY 25/2/2023

- Advertisement -