Dana bantu mangsa gempa PN raih lebih RM100,000

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Misi dan dana bantuan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria Ahli-Ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL (PN) berjaya mengumpulkan lebih RM100,000 pada hari pertama dilancarkan.

- Advertisement -

Jumlah itu dicapai hasil sumbangan kerajaan Kelantan sebanyak RM50,000, manakala PAS dan Bersatu masing-masing menyumbang sebanyak RM20,000.

Selain itu, Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian menyumbang sebanyak RM18,400.

Jumlah berkenaan tidak termasuk sumbangan baharu yang disumbangkan Ahli Parlimen PN lain semasa majlis pelancaran itu di Parlimen, hari ini.

Penyerahan sumbangan melalui cek replika (mock cheque) disaksikan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ketua Pembangkang; Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Delegasi Misi, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. – HARAKAHDAILY 22/2/2023

- Advertisement -