Apa perkembangan baharu Skuad Waja?

Siti Zailah Mohd Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sukarelawan Skuad Wanita Anti Jenayah (Waja) ditubuhkan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat agar cakna terhadap keganasan terhadap wanita.

- Advertisement -

Program tersebut bermula pada tahun 2021 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Bagi mengetahui perkembangan program berkenaan, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan status terkini serta perancangan bagi memperkasakan lagi program tersebut.

Skuad Waja mula diperkenalkan sejak beliau bergelar Timbalan Menteri KPWKM sementara Menterinya, Dato’ Seri Rina Harun sempena Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita.

Sementara itu, Timbalan Menterinya, Aiman Athirah Sabu berkata, kementerian telah membangunkan Modul Skuad Waja 2.0.

“Bermula tahun ini, Skuad Waja akan dilatih menggunakan Modul 2.0 ini bagi meningkatkan kompetensi Skuad Waja dalam membantu mereka yang memerlukan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini. – HARAKAHDAILY 22/2/23

- Advertisement -