Kapten Harimau Malaya kini pemain Ratchaburi FC

Safawi Rashid menunjukkan jersi kelab Ratchaburi FC
- Advertisement -

Safawi Rasid, diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain baharu kelab Ratchaburi FC yang beraksi dalam saingan Liga 1 Thai, hari ini.

- Advertisement -

Kapten pasukan Malaysia yang lebih dikenali sebagai Pawi, mengisi kuota pemain ASEAN dengan seorang lagi ialah pemain skuad Myanmar

Ketika majlis memperkenalkannya di kelab itu, Safawi mengakui tidak sabar untuk beraksi bersama kelab itu kerana sudah lama berhasrat bermain di Liga Thailand.

“Sejak bermain bola sepak pada usia 15 tahun, impian saya mahu beraksi di Liga Thailand yang kini menjadi kenyataan. Jadi saya sangat menghargai kelab ini, kerana sudah lama saya menunggu untuk bermain di Thailand,” katanya.

Anak kelahiran Dungun, Terengganu, Safawi, 25, yang sebelum ini pernah bermain di Portugal bersama kelab Portimonense SC pada 2020, dan Moussa Sidibe adalah dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dipinjamkan ke Ratchaburi dengan Liga Thailand akan bermula pada 21 Januari ini.

Selain Safawi, beberapa lagi pemain Malaysia yang turut beraksi di Liga Thailand ialah Dion Cools (Buriram United), Liridon Krasniqi (Khon Kaen United) dan Junior Eldstal (PT Prachuap).

- Advertisement -