Isu tarahan tanah bukit Taman Meru ditangani

- Advertisement -

SETELAH saya mendapat aduan daripada penduduk setempat berkenaan dengan isu tarahan tanah di kawasan bukit Taman Meru berdekatan dengan kawasan perumahan Meru Hills dan Taman meru 2B. 

- Advertisement -

Saya terus mengambil tindakan segera berjumpa dan melaporkan perkara ini kepada pihak berwajib bagi memastikan keselamatan penduduk setempat terjamin agar musibah kejadian tanah atau apa-apa musibah tidak berlaku disebabkan isu tarahan bukit ini.

Terkini, saya telah mendapat maklum balas daripada pihak berwajib bahawa pihak yang menjalankan kerja-kerja yang melibatkan kerosakan akibat tarahan kawasan bukit ini telah diberi notis oleh pihak berwajib;

1. Pihak terbabit tidak mengemukakan permohonan pelan kerja tanah kepada pihak berwajib untuk kelulusan bagi kerja-kerja tanah di dalam lot tersebut.

2. Melaksanakan pertanian komersil di dalam lot tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa.

3. Mengalirkan air dari lot milik mereka ke longkang awam di jalan bukit meru, Taman Meru Utama tanpa kawalan dan tanpa kelulusan pihak berkuasa.

4. Berlakunya banjir lumpur akibat dari kerja tanah tersebut ke kawasan kejiranan bersebelahan.

Justeru itu, pihak berkuasa telah mengarahkan untuk mereka memberhentikan kerja-kerja tanah dengan segera dan perlu menunaikan arahan yang diarahkan pihak berkuasa kepada mereka untuk diambil tindakan.

Sekiranya pihak mereka gagal mematuhi arahan, tindakan tegas di bawah undang-undang kecil (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan) (Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak) Jalan, Parit dan Bangunan 2013 akan dikenakan.

YB USTAZ HAFEZ SABRI
ADUN Manjoi – HARAKAHDAILY 12/1/2023

- Advertisement -