Guna lori tanker seludup daun ketum

- Advertisement -

KOTA BHARU: Taktik modus operandi penyeludup membawa daun ketum menggunakan lori tanker simen berjaya ditumpaskan apabila kenderaan itu ditahan di tepi jalan Batu 6, Batu Melintang Jeli, di sini, semalam.

- Advertisement -

Ketua Polis Kelantan, Dato’ Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian pada 4 pagi hasil pemeriksaan polis menemukan daun ketum seberat 2000 kilogram (kg) bernilai lebih RM20,000 dipercayai cuba dibawa masuk ke pasaran Kelantan.

Operasi 4 pagi itu turut merampas 200 bungkusan hitam yang berisi daum ketum membabitkan nilai keseluruhan RM20,000.

“Pada 7 Januari anggota polis semasa dalam rondaan telah menahan lori berkenaan yang dipandu lelaki berusia 28 tahun dan kelindan yang juga berusia 28 tahun selepas disyaki membawa barangan terlarang.

“Selepas menahan, anggota membuat pemeriksaan ke atas lori terbabit dan menjumpai satu botol plastik di dalamnya mengandungi cecair yang disyaki air ketum.

“Susulan itu, pemeriksaan lanjut dilakukan di ruang dalam tangki lori tersebut dan menjumpai 200 bungkusan hitam yang mana di dalamnya berisi daun ketum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Beliau juga berkara, kedua-dua lelaki terbabit juga mendapati positif benzo dan masing-masing mempunyai rekod lampau.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 10 Januari dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Katanya, taktik penyeludupan menggunakan lori tanker untuk menyembunyikan barangan terlarang itu merupakan kes kedua yang berjaya ditangkap selepas rampasan pertama pada 2021. – HARAKAHDAILY 8/1/2023

- Advertisement -