Mengapa Firaun dianggap taghut?

Tuan Guru Abdul Hadi menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila.
- Advertisement -

KEKUFURAN lahir dengan wujudnya taghut yang berkuasa menurut zaman masing-masing yang membawa wadah mengingkari ajaran Allah SWT dan meninggalkan syariatnya dengan memaksa orang-orang lain supaya sesat bersamanya.

- Advertisement -

Setiap zaman akan ada pemimpinnya. Para pemimpinlah yang akan menentukan jalan pengikutnya. Apabila pemimpin membuat peraturan tidak mengikut perintah Allah SWT, maka rakyat dan negara akan hancur bersamanya.

Taghut ini membawa makna paling melampau terhadap Allah SWT. Contoh taghut yang dihuraikan dengan panjang lebar di dalam al-Quran ialah Firaun. Mengapa Firaun dianggap taghut?

Firaun dianggap taghut kerana telah melampaui batas sehingga mengakui dirinya sebagai tuhan.

Firaun bukan mengaku bahawa dia yang menjadikan alam ini. Sebaliknya dia mengaku bahawa dirinya berkuasa dengan hak undang-undang dan peraturan yang dicipta sendiri untuk menghukum rakyat dan memberi kesenangan kepada mereka.

Firaun mengaku adanya tuhan tetapi dia tetap berlagak seperti tuhan dengan memaksa rakyat supaya patuh kepada hukum dan sistem yang diciptanya.

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Kuliah Duha Jumaat
13 Jumada al-Akhirah 1444 – HARAKAHDAILY 6/1/2023

- Advertisement -