Perlis usaha berdaya saing dalam sektor pelancongan

- Advertisement -

ARAU: Kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) Perlis berusaha untuk muncul sebagai sebuah negeri maju dan berdaya saing dalam sektor pelancongan.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Pelancongan; Kebajikan dan Bantuan Bencana dan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Wan Badariah Wan Saad berkata, Perlis mempunyai banyak lokasi pelancongan yang menarik.

Katanya, usaha untuk mempromosi lokasi pelancongan tersebut perlu dilakukan secara berterusan kerana ia akan membantu meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tourism Malaysia Wilayah Utara yang datang ke Pejabat Exco,” katanya di sini. (Foto atas)

Menurutnya juga pertemuan itu penting bagi membincangkan pelbagai perkara ke arah menjadikan Perlis sebagai destinasi utama pelancong di utara.

Sementara itu pada perkembangan lain kesibukan tugas di Pejabat Exco tidak menghalang Kak Wan meneruskan rutin dengan menziarahi penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer.

Kata beliau aktiviti tersebut menjadi rutin sekiranya tiada program rasmi atau mesyuarat kerajaan negeri.

“Alhamdulillah hari ini Kak Wan dapat meluangkan masa bersama beberapa penduduk di Kampung Gial dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid Al-Sobirin.

“Ada di antara mereka yang sakit terlantar, Kak Wan doakan supaya mereka yang diuji dengan kesakitan diberi kesembuhan serta kesabaran,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/1/2023

- Advertisement -