Hujan lebat: Khidmat Malaysia waspada perkembangan

- Advertisement -

BERDASARKAN notis terbaharu Kesiapsiagaan Operasi Bencana yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mana amaran hujan berterusan berstatus buruk dijangka berlaku di Negeri Pahang kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin manakala status waspada dijangka di Perak sekitar Hulu Perak dan Kuala Kangsar, di Kelantan, Terengganu dan beberapa tempat di Pahang, Pusat Pengurusan Kecemasan Dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) terus memantau dan Khidmat Malaysia di peringkat negeri-negeri yang terlibat telah mengambil tindakan turun membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

- Advertisement -

Bilik Gerakan Khidmat Malaysia di setiap peringkat telah pun beroperasi sebagaimana pengarahan sebelum ini. Dengan perkembangan terbaharu ini, adalah digesa supaya Bilik Gerakan Negeri dan Bilik Operasi Kawasan dapat diaktifkan terutama kepada kawasan yang terbabit dengan bencana banjir bagi tujuan mengemaskini maklumat dan menyalurkan laporan kepada Khidmat Malaysia.

Khidmat Malaysia juga mengarahkan supaya anggota khususnya Jabatan Amal Malaysia supaya membuat pemantauan serta melaksanakan operasi di semua kawasan yang terlibat dengan bencana banjir.

Bagi Khidmat Malaysia Negeri dan NGO-NGO di bawah Khidmat Malaysia yang tidak terlibat dengan bencana dan ingin membantu dan menyampaikan sumbangan dan bantuan, diminta untuk memaklumkan kepada Tuan Ashrul Hisyam, Ketua Bilik Gerakan Info Bencana atau Saudara Muiz di talian 019-953 8531 atau 019-2351753 bagi tujuan Penyelarasan Bantuan, agar tidak berlaku lambakan dan tenaga lebihan di setiap kawasan atau negeri yang terbabit dengan bencana.

Sebarang sumbangan atau bantuan derma boleh disalurkan di akaun Maybank Pertubuhan Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia di no. 5623 8454 2866. Pemakluman atau pertanyaan boleh memaklumkan di Whatsapp Hotline KM di talian 010-544 9866. Segala sumbangan dari pihak tuan dan puan yang dermawan diucapkan ribuan Terima Kasih.

Sekian. Wassalam.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia – HARAKAHDAILY 10/12/2022

- Advertisement -