Surat Zahid tular, Tun Faisal buat laporan polis

Tun Faisal Ismail Aziz
- Advertisement -

PUTRAJAYA: Seorang pemimpin politik membuat laporan polis berhubung dakwaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) cubaan untuk mengelirukan dan menipu Yang di-Pertuan Agong berkaitan sokongan ahli parlimen BN kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

- Advertisement -

Tun Faisal Ismail Aziz berkata, perkara itu sekiranya benar berlaku ia merupakan satu kesalahan yang amat berat.

“Saya membuat laporan ini untuk meminta pihak polis segera membuat siasatan dan agar tindakan undang-undang dapat diambil ke atas pelaku,” katanya pada laporan tersebut.

Laporan dibuat Balai Polis Putrajaya Presint 7 pada petang tadi.

Laporan itu antara lain menyebut “Sekitar jam 2 petang semasa berada di Putrajaya saya terbaca di Fb Tan Sri Annuar Musa mengenai sepucuk surat yang dihantar Pengerusi BN Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong bertajuk pembentukan kerajaan Persekutuan dan penamaan calon Perdana Menteri ke-10 pasca Pilihan Raya Umum ke-15.

“Yang memaklumkan bahawa beliau telah mempengerusikan mesyuarat BN pada 22 November 2022 dan mesyuarat telah memutuskan bahawa 30 orang ahli parlimen BN telah memberi kepercayaan dan sokongan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk dinamakan dan dilantik sebagai perdana menteri ke-10,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau apa yang disebut pada hantaran Fb Annuar bahawa mesyuarat BN memutuskan BN tidak menyokong mana-mana calon PM dan kosisten dengan kenyataan Dato’ Ismail Sabri Yaakob yang disiarkan media pada 22 November.

Terdahulu Annuar pada hantaran di media sosialnya berkata, pada surat menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa (Zahid) mempengerusikan mesyuarat BN pada 22 November 2022 dan mesyuarat memutuskan semua 30 ahli parlimen bersetuju menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Namun katanya apa yang berlaku sebaliknya, di mana dimaklumkan BN memutuskan tidak menyokong mana mana calon perdana menteri.

“…. siapakah yang berbohong di sini? Rakyat menuntut penjelasan pemimpin pemimpin BN yang terlibat khasnya ahli mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

“Rakyat dan ahli umno dan BN akar umbi juga harus bangkit memperbetulkan .. jika benar ia telah dilakukan..,” ujarnya.

- Advertisement -