Calon P.055, N.03 dan N.04 Perak diperkenalkan

- Advertisement -

LENGGONG: Semarak perpaduan teguh dan keyakinan tinggi untuk memenangkan calon-calon PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi PRU15 terserlah dari gema doa wehdah dan takbir oleh anggota Jentera PN Lenggong.

- Advertisement -

Pengakhiran majlis penuh semangat itu terlebih dahulu diisi dengan solat Isyak, solat hajat dan munajat berjemaah diiringi Asmaul Husna, lagu negeri Perak dan lagu PN pada majlis di Arena Amanjaya, Lawin, di sini semalam.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Lenggong, Ustaz Muhammad Rifa’at Razman diumumkan sebagai calon P.055 Lenggong pada majlis ini oleh Pengerusi PN Lenggong, Ustaz Mohd Hanafiah Idris yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Lenggong.

Beliau turut mengumumkan calon N.03 Kenering, Ustaz Husairi Ariffin yang merupakan Ketua Ulamak PAS Lenggong, manakala bagi kerusi N.04 Kota Tampan akan ditandingi Mohd Jamil Yahya iaitu Naib Yang Dipertua PAS Lenggong.

Hanafiah yang mendahului sesi pengumuman itu dengan taklimat khas, telah turut memperkenalkan calon dengan membacakan biodata mereka di mana masing-masing merupakan pemimpin masyarakat setempat.

Majlis yang menyaksikan ucapan ringkas awal pengenalan calon-calon tersebut turut dihadiri Bendahari BERSATU Bahagian Lenggong, Subihi Jarit dan Ahli Jawatankuasa BERSATU Lenggong, Nordin Abdul Rashid. – HARAKAHDAILY 4/11/2022

- Advertisement -