PAS komited ke arah penggubalan RUU355

- Advertisement -

KRONOLOGI Penggubalan RUU355 (2020-2022)

- Advertisement -

10 Mac 2020 – Perdana Menteri Malaysia ke-8 dilantik iaitu YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin bersama-sama dengan pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

18 Mac 2020 – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

16 Jun 2020 – Arahan penggubalan pindaan RUU 355 yang baru kepada Jawatankuasa Teknikal oleh YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary dalam Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah JAKIM.

6 Ogos 2020 – Semasa Mesyuarat Semakan Draf Teks Penggulungan Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Di Raja, YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah memutuskan sekali lagi agar Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil meneliti semula RUU355.

2-6 September 2020 – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (Antaranya membincangkan mengenai RUU355).

1-3 Oktober 2020 – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (Antaranya membincangkan mengenai RUU355).

11 Januari 2021 – Pengisytiharan Darurat (Parlimen Tidak Bersidang).

26 Februari 2021 – Pelaksanaan Program Vaksin COVID-19.

9-11 Mac 2021 – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (Antaranya membincangkan mengenai RUU355).

Mei 2021 – Lonjakan kes COVID-19.

29 Julai 2021 – RUU355 dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil dan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kecil Pindaan Seksyen 1 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355].

1 Ogos 2021 – Darurat tamat.

11 Ogos 2021 – Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Mengkaji Pindaan Seksyen 1 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355].

28 Ogos 2021 – Pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-9, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan YB Senator Datuk Idris Ahmad dan YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary sebagai Menteri dan Timbalan di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

27 Ogos 2021 – Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Mengkaji Pindaan Seksyen 1 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355].

22 September 2021 – YB Senator Datuk Idris Ahmad telah memutuskan agar RUU355 dimuktamadkan dan disasarkan untuk dibentang pada Sidang Parlimen Oktober 2022 dalam Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah JAKIM.

29 September 2021 – RUU355 dibentangkan dalam Mesyuarat Teknikal.

31 Disember 2021 – PKP berakhir.

11-12 Oktober 2021 – Draf RUU355 berjaya dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil Kali ke- 27.

29 Mac 2022 – Cadangan yang dikemukakan oleh negeri-negeri diangkat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal.

26 Ogos 2022 – Jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggubalan RUU355.

15 September 2022 – Kelulusan Peguam Negara untuk RUU355.

22 September 2022 – Edaran Memorandum Jemaah Menteri kepada 5 agensi (AGC, JKSM, MSWP, JAWI & JAPENSWP).

5 Oktober 2022 – Terima ulasan agensi.

7 Oktober 2022 – Draf RUU355 telah disemak dan diluluskan oleh Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara.

3 Oktober – 29 November 2022 – RUU355 dijangka untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas (2022). 

USTAZ DATO’ AHMAD MARZUK SHAARY – HARAKAHDAILY 30/10/2022

- Advertisement -