Delegasi Malaysia ke Forum Ahli Parlimen Asia Pasifik

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH selesai sudah Mesyuarat Tahunan Asia Pacific Parliamentary Forum yang ke-30 di Bangkok. 

- Advertisement -

Dengan bangganya delegasi Parlimen Malaysia menjalankan tugas pembentangan ucapan dan tanggungjawab dalam setiap sidang yang diamanahkan dengan begitu baik dan teliti. 

Saya membentangkan 2 tajuk.

1. Strengthening Women’s Participation In Post COVID-19 Economic Recovery.

2.  Developing Health Care Services & Fascilitating Equal Access To Primary Health Care.

Terima kasih atas  kepercayaan yang telah  diberi kepada Perwakilan Parlimen Malaysia. 

Tahniah diucapkan kepada ketua delegasi Malaysia, YBS Datuk Seri Zurainah dan rakan-rakan perwakilan Senator-senator Malaysia atas kecemerlangan menjalankan tugas dan kejayaan membawa resolusi dari Malaysia  dan dapat membentangkan tajuk-tajuk diberikan dengan baik. 

Tajuk-tajuk lain pembentangan dari Malaysia adalah;

1. Empowering Women To Cope With Future Crises (YB Senator Datuk Seri Zurainah).

2. Strengthening Cyber Security In The Asia Pacific Region (YB Senator Dato’ Dr. Arman).

3. Parliaments and Post COVID-19 Sustainable Recovery to Promote Democracy, Peace & Security (YB Senator Dato’ Kesavadas).

4. Strengthening Connectivity & Enhancing Digital Economy In The Asia Pacific Region (YB Senator Datuk Seri Zurainah).

5. Promoting Regional Tourism & Understanding of Cultural Diversity (YB Senator Tuan Ak Nan Eh Took).

6. Draft Resolution Merging & Finalising (YB Senator Datuk Paul Igai).

DR. WAN MARTINA WAN YUSOFF
Senator Dewan Negara – HARAKAHDAILY 29/10/2022