OKU juga membina negara

- Advertisement -

ORANG Kurang Upaya (OKU) adalah golongan rentan yang sebenarnya sama sahaja dengan individu lain.

- Advertisement -

Golongan ini cumalah berkehalangan. Oleh sebab itu, segala rintangan halangan yang mereka hadapi perlu dihapuskan agar mereka mampu bersaing secara saksama dengan orang lain.

Telah lahir ramai tokoh OKU yang amat memberikan inspirasi buat kita rakyat Malaysia. Meskipun menghadapi halangan, mereka tetap tekal menyumbang buat negara kita.

OKU telah memainkan peranan vital dalam kemajuan Malaysia sebagai sebuah negara dalam pelbagai bidang.

Pernah tak kita mendengar nama Prof Madya Dr Naziaty Mohd Yaacob, pensyarah Fakulti Alam Bina dari Universiti Malaya? 

Jasa beliau yang juga seorang OKU adalah begitu besar dalam menghapuskan halangan buat OKU menerusi entiti perniagaan yang memfokus kepada reka bentuk universal bagi mencipta produk yang boleh diakses OKU di tempat awam.

Banyak idea dan sumbang saran beliau telah dimanfaatkan dalam projek dan fasiliti awam menyumbang idea untuk kemudahan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT).

Pada 2018, beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara kategori Orang Kurang Upaya (OKU). 

Itu hanya satu nama daripada ribuan tokoh-tokoh OKU. 

Dalam bidang sukan pula, atlet paralimpik negara Atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin telah berjaya menghadiahkan pingat emas sulung negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg). Begitu juga dengan nama-nama seperti Ziyad Zulkifli dan Latif Romly.

Ini adalah beberapa nama yang sempat untuk kita catatkan. Sebenarnya ribuan lagi OKU berhak diberikan gelaran wira kerana kecekalan dan kehebatan mereka dalam mengharungi kehidupan seharian yang penuh cabaran.

Semangat dan azam mereka untuk cuba yang terbaik dalam segenap perbuatan wajar dicontohi seluruh rakyat Malaysia.

Kita perlu pastikan hak golongan OKU terus terbela. Maka, wahai rakyat Malaysia buatlah pilihan yang bijak dalam pilihan raya yang akan datang. 

Apakah kita ingin gabungan yang hanya mementingkan tembolok sendiri. Atau kita ingin memilih gabungan yang terbukti bersih dan amanah dalam membawa agenda kebajikan buat rakyat.

PROFESIONAL ISTIQAMAH – HARAKAHDAILY 27/10/2022

- Advertisement -