Usaha jelaskan tawaran kerajaan bersih, stabil

- Advertisement -

Oleh DHIYA’ MUTTMAINNAH

- Advertisement -

BATU: PAS Kawasan Batu konsisten memahamkan masyarakat setempat untuk memilih kerajaan yang bersih dan stabil dalam Pilihanraya Umum Kali Ke-15 (PRU-15) yang semakin hampir.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Abu Bakar Abd Rahman berkata, masyarakat sewajarnya mendapat kefahaman yang baik bagi membuat keputusan yang terbaik dalam PRU-15 kali ini.

“InsyaAllah kita akan memaksimakan semua ruang dan usaha untuk menerangkan sebaiknya tentang tawaran kerajaan bersih dan stabil (BEST) yang dibawa oleh Perikatan Nasional kepada seluruh pengundi di Parlimen Batu”, ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa bersama petugas lain yang turut sama menyantuni penduduk setempat di Pasar Malam Sentul, di sini, semalam.

Risalah infografik berkenaan Perikatan Nasional turut diedarkan kepada pengunjung yang hadir.

Rata-rata masyarakat di sini menyambut baik seandainya Perikatan Nasional menempatkan calon di Parlimen Batu.

- Advertisement -