Terengganu lulus geran tanah rumah mayat Tionghua

- Advertisement -

KEMAMAN: Kerajaan negeri telah meluluskan pemberian hak milik geran tanah kepada masyarakat Tionghua untuk pengurusan rumah mayat.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah meluluskan pemberian hak milik geran tanah tersebut.

“Selama lebih empat tahun juga Pejabat Tanah Daerah Kemaman telah berusaha untuk proses dalam meluluskan hak milik geran tersebut.

“Dengan pemberian ini, masyarakat Tionghua dapat mendirikan tempat sementara bagi rumah mayat kerana yang sedia ada telah terlalu lama iaitu berpuluh-puluh tahun,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Hakmilik Rumah Mayat Kaum Cina, Mukim Cukai bertempat di Dewan Seri Amar, Cukai, Kemaman semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili dan Pengerusi Himpunan Tionghua, Dato’ Soh Kok Hiang,

Tambah Hanafiah, apabila berlaku kematian dalam masyarakat Tionghua akan ditempatkan di rumah mayat sebelum ke proses seterusnya.

Beliau berkata, selama empat tahun kerajaan negeri memerintah Terengganu yang mana semua kaum tidak mengira bangsa dan agama mendapat layanan yang sama rata.

Sementara itu, kehadiran masyarakat Tionghua pada malam itu begitu ramai menandakan keterujaan mereka dalam pemberian hak milik geran tersebut. – TRDI.my

- Advertisement -