Rakyat pelbagai kaum dilayan sama rata di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Komuniti India dan Cina yang tinggal di Kelantan tidak akan dibiarkan ketinggalan dalam arus pembangunan kerana mereka tetap diberi layanan sama rata dengan masyarakat Melayu.

- Advertisement -

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan Kelantan melantik ramai penghulu dari orang Melayu, India dan Cina.

Malah katanya, penghulu juga dilantik dalam kalangan pemimpin wanita yang berkhidmat untuk rakyat.

“Malah kerjaan negeri juga melantik Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan daripada wakil kaum bagi memudahkan urusan berkaitan dengan kaum terbabit.

“Ini menunjukkan kerajaan kita sekarang bersikap terbuka dan menganggap semua bangsa iaitu Melayu, Cina dan India seperti adik beradik.

“Itulah hebatnya orang Kelantan,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat India Parlimen Kota Bharu, di Dewan Dato’ Nachiappan semalam.

Menurutnya juga rakyat Kelantan tanpa mengira kaum yang rajin berusaha akan mendapat manfaatnya.

Malah kata beliau boleh ditemui di Kelantan rakyat pelbagai kaum makan bersama dalam sebuah restoran.

“Kita duduk di Kelantan bertuah dengan kepelbagaian budaya, contohnya kedai roti canai dan nasi belauk dikunjungi rakyat pelbagai kaum,” katanya.

Sementara itu sempena program berkenaan sebanyak 62 keluarga masyarakat India menerima sumbangan Bakul Prihatin sempena sambutan Deepavali Isnin hadapan. – UPKN

- Advertisement -