PN guna logo ‘bulan’ di Kelantan pendekatan terbaik

- Advertisement -

KOTA BHARU: Keputusan Perikatan Nasional (PN) bertanding menggunakan logo ‘bulan purnama’ di Kelantan, Terengganu dan Kedah disambut baik pelbagai pihak.

- Advertisement -

Mereka menyifatkan pemilihan logo PAS merupakan pendekatan terbaik memandangkan ia sudah serasi dengan penduduk terutamanya golongan veteran yang kurang mengenali logo PN.

Abdul Rahim Muhammad

Aktivis masyarakat dari Jeli, Abdul Rahim Muhammad berkata, Kelantan, Terengganu dan Kedah didomasi orang Melayu lebih sesuai menggunakan logo bulan purnama.

Manakala katanya, di negeri-negeri lain yang nisbah penduduk agak seimbang antara Melayu dan bukan Melayu, penggunaan logo PN menjadi pendekatan terbaik.

“Penggunaan logo PAS lebih tepat dalam konteks Kelantan. Pendukung PAS lebih mudah bekerja bagi memastikan kemenangan calon PN. Keputusan itu juga lebih memudahkan gerak kerja kempen.

“Ini kerana PN akan berhadapan dengan calon Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) di parlimen Jeli,” katanya di sini.

Menurutnya juga Parlimen Jeli sebelum ini diwakili Dato’ Seri Mustapa Mohamed yang mewakili Bersatu lebih dekat dengan penduduk tempatan.

Katanya biarpun sebelum ini berlaku pertarungan sengit antara PAS dengan Mustapa ketika mewakili BN, namun sekarang tidak lagi.

“Malah sebelum ini saya tengok PAS Jeli mempunyai hubungan rapat dengan Tok Pa dan sering menganjurkan program bersama.

“Sekiranya Tok Pa masih lagi calon di Jeli ia dapat banyak membantu PN kerana beliau menang di parlimen Jeli sejak 2004 sehingga PRU lepas,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/10/2022

Ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak esok.

- Advertisement -