1,157 anggota polis bertugas di Perlis sepanjang PRU15

Datuk Surina Saad
- Advertisement -

KANGAR: Seramai 1,157 anggota polis dari Kontinjen Negeri Perlis bertugas sepanjang perjalanan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini bagi menjamin keselamatan, dan proses pengundian di negeri ini berjalan dengan lancar.

- Advertisement -

Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata pihaknya sudahpun mula meningkatkan rondaan dan pemantauan, di samping mengenal pasti beberapa ‘hotsport’ untuk tindakan pemantauan lebih rapi bagi memelihara keamanan sepanjang PRU15.

Beliau seterusnya meminta penyokong parti politik agar tidak terlalu beremosi dan mengelak daripada melakukan sebarang provokasi melampau sehingga boleh menimbulkan kemarahan, yang akan menggugat ketenteraman.

“Nasihat saya jika melakukan perjumpan bagi meraih sokongan, jalankan aktiviti itu dengan sihat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15. – BERNAMA

- Advertisement -