Ikhtilaf bukanlah suatu yang baharu dalam Islam

- Advertisement -

Oleh SENATOR DATUK IDRIS AHMAD

ALHAMDULILLAH
, syukur diizinkan Allah SWT untuk berada bersama dalam Ijtimak Tarbawi 8.0 di Besut, Terengganu pada pagi ini.

Ikhtilaf berlaku dalam pelbagai keadaan sama ada berpunca dari pentafsiran dan pemahaman sesuatu nas atau dalil.

- Advertisement -

Hakikat, ikhtilaf juga berkembang selari dengan perkembangan suasana masyarakat dalam aspek pemikiran, sosial dan politik.

Kepelbagaian aliran sama ada dalam bentuk mazhab atau kelompok tertentu pasti menimbulkan konflik atau ikhtilaf yang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap survival umat Islam termasuk gerakan Islam jika tidak diurus dengan baik.

Mungkin sesuatu yang terlalu ideal untuk mengimpikan semua gerakan Islam bersatu dan bernaung di bawah satu sistem dan satu kepimpinan buat masa ini.

Namun, setidak-tidaknya kita boleh bersetuju dengan pandangan Dr Yusuf al Qaradhawi yang meletakkan perbezaan yang berlaku adalah ta’addud tanawwu’ (perbezaan yang bersifat variati) dan bukan ta’addud ta’arudh (perbezaan yang bersifat kontradiktif) yang menyebarkan benih-benih perpecahan dan menyalakan api permusuhan sesama umat dan gerakan Islam.

Justeru, tumpuan terhadap penguasaan ilmu dan pemantapan adab dan akhlak adalah sangat penting dalam mengurus ikhtilaf dalam kalangan umat Islam apatah lagi kepada pendukung gerakan Islam.

Selain ilmu turath dan kontemporari yang perlu untuk terus kita dalami, pendedahan dan penekanan kepada fiqh al-maqasid, fiqh al-awlawiyyat, fiqh as sunan, fiqh al waqi’e, fiqh al-muwazanat termasuk fiqh al ikhtilaf adalah sesuatu yang mesti diteruskan.

Akhir kata, sikap bertasamuh iaitu berlapang dada yang berpandukan ilmu perlu sentiasa dipupuk agar ikhtilaf yang berlaku bertukar menjadi rahmat apabila perbezaan pendapat berakhir dengan semangat cintakan ilmu. – HARAKAHDAILY 1/10/2022

- Advertisement -